PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku
Ismail Sultan Ibrahim tidak sabar mahu berbahas dengan Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai isu bola sepak negara di
hadapan penyokong negara.
Ini kerana, kata pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), bola sepak
adalah milik rakyat dan mereka berhak mengetahui situasi-situasi
dihadapi sekarang.
“Saya amat menghargai, sekiranya mereka boleh membenarkan ramai
penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh
bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu
tanyakan,” katanya menerusi Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.
Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT mencabar
Khairy, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Jurulatih
Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola
Sepak negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola
Sepak Malaysia, B Sathianathan, bagi mencari punca dan penyelesaian
kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.
Cabaran yang dilontarkan Tunku Ismail itu disahut Khairy semalam yang
sedia berdebat berhubung kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia.
Tanpa mendedahkan tarikh dan lokasi debat itu, Khairy berkata, beliau
sanggup berdebat dengan TMJ, sekiranya ia dapat meningkatkan semula
prestasi skuad kebangsaan yang mendapat kritikan hebat peminat bola
sepak, selepas jatuh ke ranking 174 dunia, kedudukan terendah dalam
ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diperkenalkan
pada Disember 1992.
- FMT
sumber : http://babab.net
Wednesday, April 13, 2016
TMJ Tak Sabar Nak Berbahas Dengan KJ
Share this
Related Articles :
Popular Post
-
MENJADI bahan jenaka menerusi laman sosial apabila hadiah berupa wang tunai yang diterima pemenang cilik program Junior Cycling...
-
Jualan murah telefon pintar jenama Apple pada harga semurah RM500 seunit akhirnya membongkar kegiatan peniaga di Jalan Jelatek deka...
-
Agak mendukacitakan apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy telah menolak tawaran tiket kapal terbang perc...
-
Kami memang respect dengan ibu-ibu mengandung kerana selama 9 bulan berhadapan dengan pelbagai alahan, pantang larang sehingga lah hari...
-
Sejak beberapa hari ni negara kita hangat dengan isu pembatalan ceramah dari Dr Zakir Naik. Terbaru, ceramahnya di Melaka pada Ahad ini...
-
Dubai : Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai kerana dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM2...
-
Peeee...haiwan cuba bunuh diri...daripada dimakan oleh bangsa sendiri.....tengok sepenuhnya..... Sumber : http://babab.net
-
Setelah terlihat video kucing yang hanya melakukan perkara yang tidak lurbiasa sedikit pun, kucing yang digelar Prince Michael ini teringin...
-
Dr. Zakir Abdul Karim Naik PUTRAJAYA – Hasrat rakyat Malaysia khasnya umat Islam yang begitu teruja hendak mendengar cera...
-
Rawang, 14 Apr: Seorang ibu bersama bayi perempuan enam bulan ditemui mati di dalam rumah mereka di Taman Rawang Perdana 2 kira-kira ...
Blog Archive
-
▼
2016
(12)
-
▼
April
(12)
- Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan
- Pengemis 'Professional' Ditahan Kumpul RM286,000 S...
- Bagi Hadiah Ciput, Program Junior Cycling Malaysia...
- OhOkey Je : Dalam Kebel Elektrik Yang Ngeri
- TMJ Tak Sabar Nak Berbahas Dengan KJ
- ‘Ikhlas Dari Hati, Saya Mohon Maaf’- Baca Surat Te...
- Dr. P Ramasamy Cabar Dr Zakir Naik Untuk Berdebat ...
- TPM Sahkan Ceramah Zakir Naik Di Melaka Diteruskan
- ‘Saya Sedih Lihat Keadaan Seperti Ini’- Dr Zakir N...
- Isteri Baru Lepas Bersalin Dan Suami Janji Nak Jag...
- Kucing Ini Berjaya Juga Viralkan Videonya
- Berbulan tipu, helah peniaga jual iphone tiruan te...
-
▼
April
(12)
Powered by Blogger.