Jualan murah telefon pintar jenama Apple pada harga semurah RM500
seunit akhirnya membongkar kegiatan peniaga di Jalan Jelatek dekat sini,
yang dikesan menjual gajet tiruan kepada orang ramai. Promosi jualan
‘harga runtuh’ telefon pintar dan aksesori jenama terkemuka itu dikesan
dilakukan sebuah premis yang mendakwa ia produk tulen. Premis berkenaan
dikesan aktif menipu orang ramai dengan menjual telefon tiruan buatan
China dipercayai sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan anggota
penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melakukan serbuan, jam 2 petang,
kelmarin. Hasil serbuan itu, 40 unit telefon bimbit jenama iPhone dan 86
aksesori telefon jenama Beats bernilai RM81,780 dirampas. Timbalan
Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, pihaknya melakukan
risikan sejak seminggu lalu dan mendapati premis itu menjual telefon
pintar dan aksesori tiruan.
Menurutnya, harga telefon pintar dijual murah berbanding harga asal
yang mencecah ribuan ringgit. “Serbuan dijalankan bersama wakil pemilik
sah cap dagang yang membuat aduan berhubung penjualan telefon bimbit
jenama tiruan di premis berkenaan. “Kami mengambil keterangan pemilik
dan pekerja premis berkenaan untuk mengenal pasti pembekal produk
berkenaan atau dibawa masuk dari luar negara,” katanya. Katanya,
siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)b, Akta
Perihal Dagangan 2011. Beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati
ketika membeli telefon pintar harga murah. -Metro
Tuesday, April 12, 2016
Berbulan tipu, helah peniaga jual iphone tiruan terbongkar
Share this
Related Articles :
Popular Post
-
MENJADI bahan jenaka menerusi laman sosial apabila hadiah berupa wang tunai yang diterima pemenang cilik program Junior Cycling...
-
Jualan murah telefon pintar jenama Apple pada harga semurah RM500 seunit akhirnya membongkar kegiatan peniaga di Jalan Jelatek deka...
-
Agak mendukacitakan apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy telah menolak tawaran tiket kapal terbang perc...
-
Kami memang respect dengan ibu-ibu mengandung kerana selama 9 bulan berhadapan dengan pelbagai alahan, pantang larang sehingga lah hari...
-
Sejak beberapa hari ni negara kita hangat dengan isu pembatalan ceramah dari Dr Zakir Naik. Terbaru, ceramahnya di Melaka pada Ahad ini...
-
Dubai : Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai kerana dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM2...
-
Peeee...haiwan cuba bunuh diri...daripada dimakan oleh bangsa sendiri.....tengok sepenuhnya..... Sumber : http://babab.net
-
Setelah terlihat video kucing yang hanya melakukan perkara yang tidak lurbiasa sedikit pun, kucing yang digelar Prince Michael ini teringin...
-
Dr. Zakir Abdul Karim Naik PUTRAJAYA – Hasrat rakyat Malaysia khasnya umat Islam yang begitu teruja hendak mendengar cera...
-
Rawang, 14 Apr: Seorang ibu bersama bayi perempuan enam bulan ditemui mati di dalam rumah mereka di Taman Rawang Perdana 2 kira-kira ...
Blog Archive
-
▼
2016
(12)
-
▼
April
(12)
- Wanita Ditemui Mati Bersama Bayi Perempuan
- Pengemis 'Professional' Ditahan Kumpul RM286,000 S...
- Bagi Hadiah Ciput, Program Junior Cycling Malaysia...
- OhOkey Je : Dalam Kebel Elektrik Yang Ngeri
- TMJ Tak Sabar Nak Berbahas Dengan KJ
- ‘Ikhlas Dari Hati, Saya Mohon Maaf’- Baca Surat Te...
- Dr. P Ramasamy Cabar Dr Zakir Naik Untuk Berdebat ...
- TPM Sahkan Ceramah Zakir Naik Di Melaka Diteruskan
- ‘Saya Sedih Lihat Keadaan Seperti Ini’- Dr Zakir N...
- Isteri Baru Lepas Bersalin Dan Suami Janji Nak Jag...
- Kucing Ini Berjaya Juga Viralkan Videonya
- Berbulan tipu, helah peniaga jual iphone tiruan te...
-
▼
April
(12)
Powered by Blogger.