Kami pasti majoriti rakyat Malaysia tak kira bangsa atau
agama tahu mengenai kontroversi penceramah dari India, Dr Zakir Naik.
Setelah desas-desus mengatakan bahawa forum yang akan diadakan hujung
minggu dibatalkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa forum itu akan diteruskan
tetapi dengan syarat mengubah tajuk.
Sehubungan dengan isu itu, individu ni buat surat terbuka
dengan mewakili rakyat Malaysia untuk memohon maaf kepada Dr Zakir Naik.
Baca untuk isi yang selanjutnya.
1. Pertama sekali, saya berharap masih
tidak terlambat untuk saya mengalukan kedatangan anda (Dr Zakir Naik) ke
Malaysia. Saya sedia maklum bahawa ini bukan pertama kali anda di sini,
jadi saya mengandaikan bahawa anda sudah mengetahui mengenai tarikan
yang terdapat di Malaysia yang boleh dinikmati.
2. Nama saya Faridzul Nasaruddin. Saya
berbangsa Melayu (Salah satu etnik yang terdapat di Malaysia). Dan
pastinya saya adalah rakyat Malaysia. Saya adalah seorang pengikut
fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaad dan mengikut Mazhab Syafie.
3. Secara jujurnya, saya tertanya-tanya
bagaimana perasaan anda selepas beberapa hari berada di Malaysia. Anda
pastinya sudah membaca dan mendengar tentang reaksi rakyat Malaysia
mengenai kedatangan anda kali ini.
4. Ikhlas dari hati saya, saya ingin
memohon maaf. Saya tidak pasti samada saya boleh memohon maaf bagi pihak
rakyat Malaysia (atau sebaliknya) kerana saya tidak diberi hak yang
jelas untuk mewakili mereka, tetapi saya yakin, kebanyakan daripada kami
benar-benar ingin menyatakan kepada anda: “Kami Mohon Maaf”.
5. Kami hanya mahu anda tahu bahawa apa
yang dikatakan dan dilakukan oleh sebahagian daripada kami tidak
sepenuhnya mewaili majoriti rakyat Malaysia.
6. Apabila Ketua Polis Negara (Tan Sri
Khalid Abu Bakar) sebelum ini memaklumkan bahawa salah satu daripada
program anda dihalang (tetapi larangan tersebut telah ditarik balik,
Alhamdulillah), ia sama sekali tidak bermakna kebanyakan daripada kami
tidak suka atau tidak menghormati anda dan ilmu anda.
7. Apabila sebahagian daripada kami
mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan bagi mengambarkan diri anda, ia
sama sekali tidak bermaksud bahawa kenyataan itu mewakili persepsi kami
terhadap anda dan juga ilmu anda.
8. Ketahuilah bahawa kami mengalu-alukan kedatangan anda di Malaysia dan berkongsi ilmu anda bersama kami.
9. Malaysia dan rakyat Malaysia kini
sedang melalui satu proses peralihan. Tiada siapa diantara kami dapat
memastikan bahawa proses peralihan ini adalah ke arah kebaikan atau
sebaliknya. Kami harapkan Dr Zakir doakan untuk kebaikan kami.
10. Akhir sekali, nikmatilah masa anda di
sini Dr Zakir. Saya percaya setiap ujian dan cabaran yang dihadapi
bukan suatu yang luar biasa untuk anda.
Saya berharap agar anda tida merumuskan
tindakan sebilangan rakyat Malaysia sebagai menggambarkan keseluruhan
kami dan saya benar-benar percaya anda tidak akan berbuat demikian.
11. Sekali lagi, saya mohon maaf, Dr Zakir Naik. Kami mohon maaf.
Sumber: Malaysian Digest